
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyeru semua penjawat awam bersama-sama berganding bahu memberikan perkhidmatan terbaik dalam norma baharu, bagi mengembalikan semula kegemilangan negara demi kesejahteraan rakyat.
Mohd Zuki dalam kenyataan semalam juga, mengucapkan terima kasih atas beberapa insentif untuk penjawat awam seperti diumum dalam Belanjawan 2021, yang disifatkannya sebagai pengiktirafan dan penghargaan kerajaan.
“Ia merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan buat perkhidmatan awam dan penjawat awam, bukan sahaja barisan hadapan tetapi juga keseluruhan penjawat awam, yang telah memainkan peranan penting bukan sahaja untuk memutuskan rantaian COVID-19 tetapi juga merancakkan semula pertumbuhan ekonomi yang terjejas akibat pandemik ini,” katanya.
Selain itu, kerajaan turut melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 yang akan memanfaatkan 100,000 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghargai jasa mereka.
— BERNAMA