Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kumpulan Aktif Curi Ekzos Kenderaan Tumpas

By 30 November 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 30 November (Malaysiaaktif) – Polis menahan 15 ahli kumpulan yang giat mencuri tabung ekzos kenderaan sekitar kawasan Gombak, Rawang dan Sentul.

Kumpulan tersebut menyasarkan tabung di bahagian tengah ekzos kenderaan dengan memotong bahagian tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima beberapa laporan polis dan melakukan serbuan pada 27 November lalu.

“Suspek yang ditangkap berusia antara 27 tahun hingga 56 tahun dan aktif melakukan jenayah demikian sejak pertengahan tahun ini.

“Pemilik kenderaan tidak perasaan tabung ekzos kenderaan mereka hilang dicuri sehingga ianya mengeluarkan bunyi yang berlainan.

“Kita percaya ramai mangsa yang tidak membuat laporan polis kerana menganggap ekzos tersebut telah jatuh di jalan raya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Katanya, pihak polis berjaya merampas pelbagai ekzos yang akan dijual kedai meleraikan kenderaan atau besi buruk.

“Harga tabung ekzos tersebut dijual dengan harga RM500 hingga RM2,000 mengikut jenis kenderaan.

“Ekzos kereta Naza Ria lebih diminati kumpulan ini kerana dikatakan terdapat komponen yang boleh melenturkan barang berharga, namun kesahihannya masih dalam siasatan”, katanya.

Menurutnya, semua suspek direman sejak 27 November hingga hari ini dan akan disambung untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda