Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lelaki Cabul Tiga Anak Tiri Ditahan

By 16 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PDRM

SELAYANG, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki ditahan setelah disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata perbuatan keji lelaki berkenaan disyaki dilakukan pada Februari hingga Oktober lalu.

“Tangkapan itu susulan laporan daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa bapa tirinya mencabul ketika ibunya tidur atau tiada di rumah.

“Suspek turut mencabul anak tirinya yang berusia 15 tahun serta kakaknya yang berusia 20 tahun, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek juga mengugut mangsa agar tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan perubatan.

“Polis telah menahan lelaki berusia 52 tahun itu pada jam 12.40 pagi tadi dan direman selama tujuh hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Sek 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda