Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Catat Kes Sembuh Harian Tertinggi dengan 2,348 Pulih

By 26 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatatkan 2,348 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 yang tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh 24 jam, sementara kes harian baharu menurun kepada tiga angka dengan 970 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 46,501 kes atau 77.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala jumlah kes positif 59,817 kes, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,971 kes.

Menurutnya, Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi dengan 318 kes (32.8 peratus), diikuti Sabah (293 kes / 30.2 peratus) dan Selangor (115 kes / 11.9 peratus).

“Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes (94.7 peratus).

“Sebanyak 318 kes (32.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Bakti (301 kes), Kluster Tembok (12 kes), Kluster Matambai (tiga kes), Kluster Penjara Sandakan (satu kes), dan Kluster Penjara Reman (satu kes),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata daripada 970 kes baharu ini, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 965 kes adalah penularan COVID-19 dalam negara.

Dr Noor Hisham berkata Perak  mencatatkan 80 kes baharu, Kuala Lumpur (44), Johor (30), Pulau Pinang (14), Kedah (24), Kelantan (lapan), Labuan (37), Sarawak (dua kes), Pahang (dua kes)  dan masing-masing satu kes di Melaka, Terengganu dan Putrajaya.

“Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda