Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Mohammad Mentek Mula Tugas Sebagai KSU KKMM Baharu

By 4 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

PUTRAJAYA, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu Datuk Seri Mohammad Mentek memulakan tugas rasminya di kementerian itu, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tiba di KKMM pada 8.30 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian dalam suasana norma baharu bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Mohammad kemudiannya mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.

Beliau dijadualkan bertemu ketua jabatan KKMM bagi sesi perkenalan dan taklimat korporat kementerian serta ketua agensi di bawah KKMM.

Mohammad akan turut melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Mohammad menggantikan Datuk Suriani Ahmad yang mula bertugas sebagai KSU MEDAC hari ni.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda