Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sebelas Kampung di Sik Dilanda Banjir Kilat

By 23 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Siti Yusmila Yusof (Sik)

SIK, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 11 kampung di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang kelmarin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sik Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata setakat ini pemantauan dilakukan oleh anggotanya di kawasan yang terjejas akibat banjir kilat.

“Kampung di Sik yang dinaiki air ialah Kampung Kota Bukit, Kampung Changhai, Kampung Kuala Ruman, Kampung Kota Bukit, Kampung Parit, Kampung Langgok, Kampung Kerawai, Kampung Bandar Hilir dan Kampung Charuk Kechil.

“Terdapat juga beberapa kampung lain yang sedang dinaiki air berikutan hujan yang masih turun, namun begitu keadaan di kawasan itu masih terkawal.

“Sehubungan itu, penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sungai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya hujan berterusan dan kawasan mereka dinaiki air,” katanya yang ditemui ketika melakukan pemantauan di sekitar daerah sini, semalam.

Selain Sik, beberapa kampung di daerah Padang Terap serta Bandar Baharu turut dilanda banjir kilat.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan juga Perak.

-SH

Tinggalkan komen anda