Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Budaya Membaca, Lahirkan Masyarakat Berilmu

By 16 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

PADANG BESAR, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Tidak dinafikan betapa pentingnya aktiviti membaca dalam kehidupan yang menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, bangsa dan negara.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Roziena Ahmad, program anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Perlis dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) ini dilaksanakan bagi meningkatkan kadar pinjaman bahan bacaan di perpustakaan desa di mana para pelajar sekolah dari golongan keluarga yang berpendapatan B40 serta mempunyai minat membaca akan dibekalkan dengan 10 buah buku di dalam Program Book 2U.

“Program ini turut memfokuskan kempen galakkan membaca di kalangan para pelajar yang secara tidak langsung menyokong Dekad Membaca Kebangsaan 2021 hingga 2030 dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030.

Program ini mampu memberi impak yang positif kepada semua pihak dan menarik lebih ramai masyarakat terutama golongan pelajar untuk mencintai dunia pembacaan dan menyegarkan pembudayaan membaca - Roziena Ahmad

Program ini mampu memberi impak yang positif kepada semua pihak dan menarik lebih ramai masyarakat terutama golongan pelajar untuk mencintai dunia pembacaan dan menyegarkan pembudayaan membaca – Roziena Ahmad

“Melalui program ini, projek rintis telah dilaksanakan yang melibatkan 26 buah perpustakaan desa dan pusat sumber sekolah di negeri ini yang mana beg buku yang disediakan akan ditukar pada setiap dua minggu,” katanya ketika ditemui pada Program Book 2U, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, pada asalnya hanya tujuh buah sekolah sahaja disasarkan namun apabila melihatkan kepada sambutan dan potensi yang mengalakkan, jumlahnya telah ditambah kepada 26 buah sekolah.

“Sehingga hari ini, sebanyak tiga sesi penukaran buku telah dilaksanakan bermula 4 November yang lalu dengan 780 transaksi pinjaman buku telah dibuat yang melibatkan 7800 naskah bahan bacaan.

“Program ini mampu memberi impak yang positif kepada semua pihak dan menarik lebih ramai masyarakat terutama golongan pelajar untuk mencintai dunia pembacaan dan menyegarkan pembudayaan membaca,” ujarnya.

Raja Muda Perlis menyempurnakan gimik Perasmian Perpustakaan Desa Batu Bertangkup.

Raja Muda Perlis menyempurnakan gimik Perasmian Perpustakaan Desa Batu Bertangkup.

Roziena berharap dalam tempoh lima tahun akan datang  kesemua 104 buah sekolah di Perlis akan terlibat dalam menyertai program ini bagi membentuk masyarakat berilmu dengan tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.

Terdahulu, Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Perasmian Perpustakaan Desa Batu Bertangkup dan Pelancaran Program Book 2U di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup Chuping, Perlis.

-NI-

Tinggalkan komen anda