Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Khatan Percuma Ringankan Beban Kewangan Ibu Bapa

By 16 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading komited mengambil inisiatif mengadakan Program Khatan Percuma di klinik swasta terpilih dengan jumlah penglibatan seramai 116 orang peserta bagi meringankan beban ibu bapa.

Menurut Mohd Fauzi Mustaffa, 46, beliau bersyukur kerana program seperti ini masih diteruskan dan anaknya merupakan salah seorang peserta yang terpilih bagi penganjuran kali ini selain terharu kerana golongan keluarga kurang berkemampuan terus mendapat perhatian dan diberi bantuan.

“Program ini sangat membantu kami golongan berpendapatan rendah dan mampu mengurangkan beban kewangan ibu bapa kerana kos untuk seseorang berkhatan agak tinggi dan berlaku kenaikan harga dari semasa ke semasa,” katanya.

Setiausaha Politik Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kamal Nazmi Kamaruddin beramah mesra dengan ibu bapa peserta khatan.

Setiausaha Politik Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kamal Nazmi Kamaruddin beramah mesra dengan ibu bapa peserta khatan.

Senada dengan Mohd Fauzi, Azri Sulong, 38, yang turut menghantar anaknya untuk berkhatan dalam program itu berkata pihak kerajaan sangat menitikberatkan kebajikan lebih-lebih lagi buat mereka yang terkesan susulan penularan pandemik COVID-19.

“Selain daripada membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga, program ini juga mampu merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain walaupun dalam situasi berbeza kerana pematuhan SOP,” katanya.

Antara peserta program khatan di Klinik An-Nisa’ Batu Enam.

Antara peserta program khatan di Klinik An-Nisa’ Batu Enam.

Penganjuran program ini juga mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus dan turut dihadiri Setiausaha Politik Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Kamal Nazmi Kamaruddin, yang menyampaikan bantuan khas kepada peserta berkhatan.

Pelaksanaan program ini banyak memberi kemudahan kepada ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan untuk menghantar anak mereka berkhatan di hospital atau klinik swasta dengan kos yang agak mahal.

Kamal Nazmi Kamaruddin menyampaikan Sumbangan khas dari Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus kepada peserta khatan.

Kamal Nazmi Kamaruddin menyampaikan
Sumbangan khas dari Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus kepada peserta khatan.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, aktiviti ini perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan ekoran penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.

-ii-

Tinggalkan komen anda