Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

Bursa Malaysia Derivatives Menang Anugerah Bursa Terbaik Asia Pasifik Tahun Ini

By 11 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Bursa Malaysia Derivatives (BMD) memenangi Anugerah ‘Bursa Terbaik Asia Pasifik Tahun Ini’ bagi inovasi, pencapaian dan komitmen terbaiknya kepada pasaran dalam industri derivatif global.

Anugerah tersebut diterima daripada Global Investor Group yang berpangkalan di London pada majlis Anugerah Antarabangsa FOW 2020, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Muhammad Umar Swift berkata anugerah tersebut merupakan penghargaan utama bagi pencapaiannya pada tahun ini, mengesahkan komitmen pengendali bursa tersebut dalam memenuhi keperluan pelanggannya dengan menyediakan instrumen lindung nilai terjamin terhadap turun naik harga, yang mana sangat kritikal memandangkan pandemik COVID-19 tahun ini.

“Tahun ini merupakan tahun yang sangat baik dan bagi pihak BMD, saya ingin menyampaikan penghargaan kami kepada industri atas keyakinan dan kepercayaan terhadap penawaran produk derivatif Bursa Malaysia dalam menguruskan pendedahan harga dan risiko,” kata Muhammad Umar yang juga Pengerusi BMD dalam satu kenyataan semalam.

Sehingga November 2020, kira-kira 13.5 juta kontrak atau 337.5 juta tan metrik diniagakan di BMD, mewakili kira-kira 17 kali jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia dan 4.5 kali pengeluaran minyak sawit global.

Dalam tempoh 12 bulan ini, BMD mencapai lebih 20 rekod dagangan tertinggi dalam semua produknya.

Catatan rekod paling tinggi terkini dicapai pada 28 Okt, 2020, dengan jumlah dagangan bagi Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah mencatatkan paras tertinggi baharu sebanyak 12 juta lot, mengatasi catatan sebelumnya sebanyak 11.91 juta lot yang dicapai pada 2017.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda