Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Kes Pulih Lebih Tinggi daripada Kes Positif Baharu

By 1 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Kes pulih COVID-19 semalam mengatasi angka kes positif dengan 2,112 kes sembuh dilaporkan, manakala kes baharu berjumlah 1,212 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 54,759 kes, iaitu 83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes baharu pula, 1,203 kes adalah penularan dalam negara dengan sembilan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 402 kes (33.2 peratus), dengan 308 kes (76.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ia diikuti dengan Sabah sebanyak 326 kes (26.9 peratus) dan Negeri Sembilan 141 kes (11.6 peratus),” katanya ketika sidang media mengenai perkembangan COVID-19, di sini.

Beliau berkata 101 kes (8.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (65 kes), Kluster Tembok (23 kes), Kluster PTS Tawau (lapan kes), Kluster Matambai (tiga kes), dan satu kes masing-masing bagi Kluster Penjara Seberang Perai serta Kluster Penjara Sandakan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 65,697 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda