Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Elak Cukai Tertunggak Dengan JomPay

By 31 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Adawiyah Othman (Marang)

MARANG, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Penduduk sekitar Marang kini tidak lagi boleh memberikan alasan lewat atau tertunggak membayar cukai taksiran dengan adanya sistem pembayaran JomPay yang secara rasminya telah dimulakan penggunaannya, semalam.

Majlis Daerah Marang (MDM) membuat pengumuman itu serentak bersama peringatan mesra kepada semua penduduk Marang supaya segera menjelaskan cukai taksiran 2020 sebelum Januari 2021.

Aplikasi pembayaran secara dalam talian ini merupakan satu alternatif baharu yang diusahakan oleh MDM buat penduduk Marang supaya memudahkan orang ramai membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke pejabat MDM.

Kaunter khidmat pelanggan MDM beroperasi bermula jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Kaunter khidmat pelanggan MDM beroperasi bermula jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Yang di-Pertua MDM Fadli Yusof Zakaria, dalam satu kenyataan berkata, orang ramai tidak perlu bersesak di kaunter Majlis bagi membuat pembayaran cukai taksiran termasuk pembaharuan lesen perniagaan dan bayaran sewaan kedai atau bangunan perniagaan dalam fasa yang masih berjaga-jaga kini.

“Dalam fasa berjaga-jaga kerana penularan COVID-19 yang kini makin bertambah, kita seboleh mungkin ingin meminimakan kedatangan orang awam ke kaunter yang ingin membuat pembayaran berkenaan dengan cara mudah, kita galakkan gunalah JomPay yang boleh dibuat melalui perbankan internet masing-masing,” katanya.

Sementara itu, menurut pekerja khidmat kaunter di MDM Mohd Faizal Arsad, beliau dan rakan setugas kini boleh memberi tumpuan yang lebih kepada kerja-kerja pentadbiran bermula pada Mac lalu.

kaunter di MDM untuk pembayaran cukai taksiran, pembaharuan lesen perniagan serta bayaran sewaan bangunan / kedai.

Kaunter di MDM untuk pembayaran cukai taksiran, pembaharuan lesen perniagan serta bayaran sewaan bangunan atau kedai.

“Kerana kekangan akibat penularan wabak ini, orang ramai telah berkurang datang ke kaunter untuk membuat pembayaran, oleh itu, YDP telah mengambil langkah strategik dengan membolehkan pembayaran secara atas talian melalui JomPay yang boleh memudahkan orang ramai, memberi kemudahan yang pantas serta tidak perlu bersesak-sesak lagi hadir ke kaunter.

“Ini adalah langkah bijak dalam membantu kerajaan mencegah penularan jangkitan COVID-19 di Marang,” katanya sewaktu memberi penerangan tentang cukai dan jenis sewaan perniagaan yang dibolehkan pembayaran melalui JomPay, semalam.

Peniaga-peniaga yang menyewa premis perniagaan kini boleh mendaftar atau membuat pembayaran secara atas talian melalui perbankan internet mana-mana bank yang disenaraikan dengan memasukkan nombor kod pengebil (Biller Code), nombor Ref. 1 iaitu nombor akaun dan juga Ref. 2 iaitu nombor telefon pemilik dan meneruskan pembayaran sehingga selesai selepas mendapat nombor kod pengaktifan transaksi (TAC) dari bank yang berkenaan.

Cara-cara membuat pembayaran melalui JomPay.

Cara-cara membuat pembayaran melalui JomPay.

Untuk pertanyaan mengenai pembayaran secara atas talian ini, orang ramai boleh menghubungi nombor khidmat pelanggan MDM melalui talian 09-6182366.

-ii-

Tinggalkan komen anda