Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga Petrol RON95 dan RON97 Naik Tiga Sen, Diesel Naik Lima Sen

By 5 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik lima sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam tadi.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.70, RON97 (RM2) dan diesel (RM1.90).

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda