Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Remaja Terselamat, Enam Rakan ‘Belasah’ Buaya di Tuaran

By 5 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang remaja┬álelaki┬áterselamat daripada dibaham buaya selepas enam rakannya ‘membelasah’ haiwan tersebut┬ádi Sungai Kampung Mengkabong┬ádi Tuaran, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata mangsa Azlan Arif Abdullah, 16, cedera di bahagian badan, kaki kanan dan perut dalam kejadian pukul 3.30 petang.

Katanya, buaya berukuran kira-kira 1.52 meter panjang itu menyerang dan menggigit salah seorang kumpulan remaja dan kanak-kanak yang berumur antara sembilan dan 16 tahun ketika mereka sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.

“Mereka┬ákemudiannya┬ámemukul buaya tersebut dengan apa sahaja yang ada di tangan sehingga salah seorang berjaya mencederakan mata buaya┬áitu yang┬ámenyebabkannya┬ámelepaskan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Hamizi berkata mangsa tinggal berhampiran dengan sungai paya bakau tersebut.

Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran dan akan dirujuk ke Hospital Kota Belud atau Hospital Papar untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan teruk yang dialami.

—┬áBERNAMA

Tinggalkan komen anda