Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 1,141 Kes Baharu, 1,144 Pulih

By 5 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam kekal empat digit iaitu 1,141 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 70,236 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 10,799 kes, manakala jumlah kes pulih adalah 1,144 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 59,061 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,141 kes baharu hari ini sebanyak 1,138 adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import.

“Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus). Negeri Selangor dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes (28.0 peratus), diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes (22.4 peratus),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 semalam.

Tiada pertambahan kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Johor mencatat 69 kes diikuti Pulau Pinang (48 kes), Perak (47 kes), Kedah (24 kes), Kelantan (20 kes), Negeri Sembilan (15 kes), Pahang (15 kes), Labuan (tiga kes), Putrajaya (dua kes), Sarawak dan Perlis masing-masing satu kes.

Dr Noor Hisham berkata 32 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (enam kes), Kluster Bakti (empat kes), Kluster PTS Sibuga (tiga kes) dan Kluster Penjara Reman (satu kes).

Sementara itu, terdapat 129 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda