Skip to main content
Berita TimurTerengganu

HOERBIGER Salur Sumbangan RM106 Juta Melalui YFBM untuk Mangsa Banjir di Terengganu

By 17 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 17 Dis (Malaysiaaktif) – HOERBIGER-KT Malaysia Sdn Bhd melalui Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) menyumbang RM106 juta untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Negeri Terengganu terutamanya di Daerah Kemaman yang terjejas teruk dalam kejadian tersebut baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Hanafiah Mat, yang mewakili kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah Urusan HOERBIGER-KT Malaysia Sdn Bhd dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) Negeri Terengganu kerana menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Kawasan Chukai, Hanafiah Mat merasmikan program.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Kawasan Chukai, Hanafiah Mat merasmikan program.

“Usaha yang diambil ini menunjukkan kecaknaan dan bukti kesepaduan antara rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama,” katanya ketika ditemui dalam majlis Penyerahan Sumbangan Kit Makanan YFBM-HOERBIGER Pasca Banjir Daerah Kemaman di Dewan Sivik Air Putih, di sini baru-baru ini.

Antara penerima Kit Makanan YFBM-HOERBIGER Pasca Banjir Daerah Kemaman.

Antara penerima Kit Makanan YFBM-HOERBIGER Pasca Banjir Daerah Kemaman.

Hanafiah turut mendoakan agar HOERBIGER dan YFBM terus maju dalam bidang masing-masing seterusnya dapat memperluaskan lagi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Makanan YFBM-HOERBIGER Pasca Banjir Daerah Kemaman.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Makanan YFBM-HOERBIGER Pasca Banjir Daerah Kemaman.

Menurut seorang penerima bantuan, Mohd Fairuz Bahari, 40, dari Kampung Air Putih, berkata dia bersyukur kerana mendapat bantuan yang tidak putus-putus daripada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun daripada pihak perseorangan.

Mohd Fairuz, 40 tahun dari Kampung Air Putih luah rasa syukur kerana ramai yang tampil beri bantuan.

Mohd Fairuz, luah rasa syukur kerana ramai yang tampil beri bantuan.

“Syukur, ramai pihak yang tampil ke hadapan membantu kami mangsa banjir yang terkesan, hal ini menunjukkan betapa ramai pihak yang ambil berat mengenai nasib mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

Manakala Ismail Mohd Bakeri, 27, dari Kampung Dadong, meluahkan rasa lega dengan bantuan yang diterimanya.

Ismail, 27 tahun dari Kampung Dadong.

Ismail, 27 tahun dari Kampung Dadong.

“Rasa lega sangat-sangat dapat bantuan ini, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga saya kerana banyak kerosakan dan kemusnahan barang-barang akibat bencana banjir,” ujarnya.

Seorang lagi penerima, Ab Samad Ali, 65, dari Kampung Teladas, berterima kasih kepada pihak penaja kerana menghulurkan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ab Samad, 65 tahun dari Kampung Teladas, Air Putih.

Ab Samad, 65 tahun dari Kampung Teladas, Air Putih.

Seramai 1,000 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di tiga daerah menerima sumbangan keperluan asas yang disalurkan berupa beras, makanan kering, makanan basah dan lain-lain.

Turut menerima sumbangan dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Marang dan Pegawai Daerah Dungun mewakili mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Hadir sama dalam majlis ialah ADUN Air Putih Ab Razak Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif YFBM Ab Wahab Long serta ketua-ketua jabatan.

-ii-

Tinggalkan komen anda