Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

JaPen Melaka Edar Lebih 15 Ribu Bahan Kempen Pembudayaan Norma Baharu dan Belanjawan 2021

By 4 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan/Nur Fariza Farnoh (Melaka)

MELAKA, 4 Dis (Malaysiaaktif) –  Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka telah mengedarkan 300 gegantung berkaitan kempen Pembudayaan Norma Baharu dan juga Belanjawan 2021 untuk diedarkan di kawasan tumpuan orang ramai termasuklah di Pusat Islam Melaka, semalam.

Selain itu, sebanyak 10,000 naskhah buku Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti dan 5,000 Poster Pembudayaan Norma Baharu turut diedarkan ke kebanyakan kawasan tumpuan umum dan kepada wakil-wakil agensi berkaitan untuk diedarkan kepada orang ramai.

Anggota JaPen Melaka yang telah bergerak seluruh Negeri Melaka dalam melaksanakan hebahan Covid-19 dan edaran bahan kempen.

Anggota JaPen Melaka yang telah bergerak seluruh Negeri Melaka dalam melaksanakan hebahan COVID-19 dan edaran bahan kempen.

Menurut Pengarah JaPen Melaka Mohd Rizal Hashim, sepanjang Januari-November 2020, Jabatan Penerangan Negeri Melaka telah melaksanakan sebanyak 371 program Info on Wheel (IoW) meliputi persinggahan 2,263 lokasi di seluruh 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

“Pada hari ini, kerjasama dilaksanakan bersama pihak Jabatan Agama Islam Melaka bagi meningkatkan pendidikan norma baharu dalam kalangan komuniti (community empowerment) khususnya kepada pemimpin dalam komuniti bagi mengambil langkah kawalan di tempat penting seperti di masjid dan surau,” katanya sempena majlis pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti dan Belanjawan 2021 Bersama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, di Pusat Islam Melaka Bukit Palah, di sini kelmarin.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Md Rawi Mahmud, berkata walaupun Jabatan Penerangan tidak dapat melaksanakan program berskala besar namun masih boleh meneruskan penyampaian mesej melalui Unit Hebahan Bergerak dan pasukan yang turun padang menerangkan sesuatu isu atau dasar kerajaan kepada kumpulan kecil tetapi berterusan ini adalah satu inisiatif yang baik.

371 Program IOW telah dilaksanakan sepanjang tahun ini - Mohd Rizal Hashim.

371 Program IOW telah dilaksanakan sepanjang tahun ini – Mohd Rizal Hashim.

“Komunikasi bersemuka adalah pilihan terbaik kerana ia mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri yang tidak boleh diabaikan.

“Kejayaan memerangi COVID-19 dalam fasa pemulihan sememangnya bergantung kepada kesedaran, sikap dan amalan kita semua.

“Kita kini pejuang barisan hadapan negara, usaha Jabatan Penerangan untuk memberi tumpuan kepada pihak pengurusan masjid juga adalah amat baik, suka juga saya ingatkan tanggungjawab pihak pengurusan masjid untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing dari semasa ke semasa dan semoga usaha ini akan membantu komuniti bertindak sebagai petugas barisan hadapan dan agen utama bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19,” tegas beliau.

-KN

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda