
Laporan/foto: R.Vikkneswaran/S.Shanmuganathan (Daerah Timur Laut)
RELAU, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan sehingga 20 Disember membabitkan 13 blok flat di Persiaran Paya Terubong melibatkan 10,000 penduduk di sini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berkata penghuni adalah dilarang keluar daripada kawasan perintah ini bertujuan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dalam sekitar komuniti.

Ketua Menteri Pulau Pinang melalui penggunaan hebahan IOW, JaPen semasa lawatan di kawasan PKPD di Relau semalam.
“Dalam tempoh dua minggu PKPD ini, penghuni sekitar Persiaran Paya Terubong perlu bekerjasama dengan jabatan kesihatan dan agensi penguatkuasa untuk membendung penularan wabak ini yang semakin meningkat di negeri Pulau Pinang.
“Orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan jangan percaya serta menyebarkan berita palsu kerana perbuatan tersebut akan menjejaskan usaha melawan pandemik COVID-19,” katanya semasa program Info on Wheel (IoW) Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, di sini semalam.
Menurut Kon Yeow, selain flat-flat di Persiaran Paya Terubong di Relau, satu lagi lokaliti dikenakan PKPD adalah di Desa Bestari Batu Uban.
“Kerajaan negeri turut menyumbangkan 4,000 keping pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada barisan hadapan yang bertugas di kedua-dua kawasan PKPD berkenaan,” katanya.
Terdahulu, IoW JaPen membuat hebahan awam menerusi pembesar suara di van untuk menjelaskan langkah yang perlu diambil di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Menteri mendengar taklimat oleh Ketua Polis DTL, Asisten Komisioner Soffian Santong tentang pelaksanaan lokasi PKPD di Pulau Pinang.
Turut hadir dalam penguatkuasaan tersebut, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, Anggota Tentera Malaysia (ATM), Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
-ii-