Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MARii Tawar Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda

By 22 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

SHAH ALAM, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Malaysia Automotive, Robotics dan IoT Institute (MARii), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menawarkan peluang pekerjaan kepada anak muda berumur dari 18 hingga 30 tahun melalui Program Industry-LED Professional Certificate (IPC) di seluruh negara.

Program ini meliputi modul khusus dan latihan industri dalam bidang teknologi pembuatan, proses pengeluaran automasi, kesediaan industri 4WRD (4.0) dan kawalan mutu.

Penasihat Khas Menteri Kanan MITI Dr. Afif Bahardin, berkata IPC merupakan salah satu program modal insan MARii yang dirangka bersama-sama pihak industri bagi melahirkan operator pengeluar yang mahir.

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh YB Dr. Afif Bahardin

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh YB Dr. Afif Bahardin

“Inisiatif ini diambil bagi memberi ruang dan peluang kepada anak muda Malaysia merebut peluang pekerjaan dan pengalaman yang ditawarkan di samping melatih anak muda bagi menggantikan pekerja asing yang berkemahiran rendah.

“Melalui IPC, anak muda bakal mendapat peluang pekerjaan dan elaun latihan setelah tamat program selama enam bulan dan peserta juga tidak dikenakan sebarang yuran malah penginapan, makan minum serta perlindungan insurans semasa latihan juga turut diberikan,” katanya ketika merasmikan Program Taklimat IPC bagi Parlimen Shah Alam yang berlangsung di Dewan Orang Asli Bukit Bandaraya, di sini hari ini.

Peserta dan jemputan Program IPC dalam suasana norma baharu

Peserta dan jemputan Program IPC dalam suasana norma baharu

Dalam majlis itu juga, taklimat ringkas berkenaan Program IPC juga turut disampaikan oleh pihak MARii kepada anak muda yang hadir serta berminat untuk menyertai latihan yang ditawarkan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MARii Azhar Taib@Jalal, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor Mohd Amir Khusairi Harun dan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Irwan Datuk Dangiran.

-NAZ

Tinggalkan komen anda