Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Patuh SOP Sebagai Penghargaan Buat Frontliner – Mastura

By 31 Disember 2020Jun 21st, 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Luqman Hakim/Muhamad Farhan (Petaling)

SERDANG, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Rakyat di negara ini diseru agar mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) sebagai satu penghargaan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) yang sedang menangani pandemik COVID-19 di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datin Mastura Mohd Yazid, berkata orang ramai tidak boleh sekadar bersimpati namun perlu melakukan tindakan positif demi memastikan pandemik ini dapat ditangani dengan jayanya.

“Itu sahaja cara untuk kita membantu mereka, hanya menyuarakan perasaan simpati tidak cukup dan ia mesti diiringi dengan tindakan positif dan saya merayu kepada semua rakyat untuk mematuhi SOP demi memutuskan rantaian COVID-19.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan semua yang terlibat dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (PKRC MAEPS 2.0) hari ini.

Mastura turut meninjau ruang kerja petugas di PKRC MAEPS 2.0, di sini.

Mastura turut meninjau ruang kerja petugas di PKRC MAEPS 2.0, di sini.

Mastura yang tiba pukul 12 tengahari itu, terdahulu mendengar taklimat ringkas daripada ketua-ketua agensi sebelum mengadakan lawatan bertemu petugas-petugas PKRC.

Menurutnya, secara keseluruhan semua fasiliti di pusat berkenaan telah lengkap dan dalam keadaan baik.

“Namun perkara tersebut akan sentiasa dinilai berdasarkan kadar jangkitan dan bilangan kes yang telah pulih.

“Paling penting adalah keselamatan yang perlu diutamakan,” katanya yang berada di pusat tersebut hampir dua jam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hashim, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah Operasi PKRC MAEPS 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim.

-SH

Tinggalkan komen anda