Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PDRM Komited Sampaikan Maklumat Bahayanya Penyalahgunaan Dadah

By 31 Disember 2020Jun 21st, 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin/ Kubendiran Manickam (Langkawi)

LANGKAWI, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited menyampaikan maklumat tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari, berkata pihak PDRM akan sentiasa turun padang bertemu masyarakat melalui pelbagai program.

“Program hari ini merupakan julung-julung kali diadakan PDRM Langkawi ini bermatlamat untuk menyampaikan maklumat serta pendidikan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya dadah.

” Ia juga diharapkan dapat memupuk masyarakat supaya benci kepada dadah yang masih menjadi musuh nombor satu negara,” katanya yang ditemui sempena Program Rintis Daerah Langkawi, di sini hari ini.

Antara peserta yang hadir.

Antara peserta yang hadir.

Dalam pada itu, ACP Shariman berharap program seumpama ini juga dapat melahirkan semangat kerjasama masyarakat dengan pihak berkuasa dalam menangani isu dadah terutamanya di pulau ini.

Salah seorang peserta yang ditemui, Ismail Arshad, 52, dari Kampung Kelibang, Kuah, berkata dia amat berpuas hati hadir ke program ini kerana mendapat pelbagai maklumat berkaitan dengan bahayanya dadah.

“Saya berharap program seperti ini akan diadakan lagi terutama di kawasan kampung agar masyarakat lebih mengetahui dan berwaspada tentang bahayanya najis dadah dalam kalangan komuniti dan bertindak dengan wajar sekiranya berlaku kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di kawasan masing-masing,” katanya.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Langkawi Mohd Syuhada Abd Razak serta ketua-ketua jabatan Daerah Langkawi.

-SH

Tinggalkan komen anda