Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Penantian 16 Tahun Berakhir

By 15 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN 15 Dis (Malaysiaaktif) – Penantian 72 orang penduduk Kampung Bujal untuk mendapatkan geran hak milik tertangguh tanah berkelompok selama 16 tahun akhirnya membuahkan hasil.

Penyerahan geran hak milik Rancangan Tanah Berkelompok Kampung Bujal Mukim Hulu Chukai, di sini disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Hanafiah Mat, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Chukai dalam satu majlis ringkas, di sini baru-baru ini.

ADUN Kawasan Chukai, Haji Hanafiah Mat menyampaikan geran kepada salah seorang penerima.

ADUN Kawasan Chukai, Haji Hanafiah Mat menyampaikan geran kepada salah seorang penerima.

Hanafiah berkata, usaha berterusan para penduduk di sini dengan kerjasama kakitangan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk mendapatkan geran hakmilik ini adalah satu rahmat kepada semua penerima.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penerima kerana kesabaran mereka itu dalam menuntut hakmilik tanah ini yang memakan masa selama 16 tahun.

“Untuk makluman penyerahan geran hakmilik ini adalah fasa satu, kita ada satu lagi fasa penyerahan geran hakmilik tanah ini kepada seramai 62 orang penerima dalam masa terdekat,” ujarnya.

Antara penerima geran dalam majlis ringkas tersebut.

Antara penerima geran dalam majlis ringkas tersebut.

Dalam pada itu Rofiah Abas 67, salah seorang penerima yang ditemui nyata amat bersyukur kepada Allah dan sangat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha mendapatkan geran tersebut.

“Tanah makcik tu suami buat rumah hampir 15 tahun dulu dengan kos RM15,000 hingga ke RM30,000 pada waktu itu, suami makcik buat sikit-sikit hingga jadi sebuah rumah yang sempurna untuk diduduki hingga kini,” katanya.

Rofiah Abas amat bersyukur kepada Allah dan sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mendapatkan geran tanah tersebut.

Rofiah Abas amat bersyukur kepada Allah dan sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mendapatkan geran tanah tersebut.

Sementara itu, Abdullah Abdul Rashid, 58, peniaga, berkata dia sangat gembira dan hampir tidak percaya menerima geran tersebut kerana telah menunggu berbelas tahun lamanya.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan geran ini kepada kami.

“Saya buat rumah di tanah tersebut pada tahun 2004 lagi dengan anggaran kos RM100,000 pada waktu itu, dan kini berasa amat lega kerana rumah dan tanah ini sudah sah menjadi milik saya setelah sekian lama menunggu,” katanya.

Abdullah Abdul Rashid sangat gembira dan hampir tidak percaya menerima geran tersebut kerana telah menunggu berbelas tahun.

Abdullah Abdul Rashid sangat gembira dan hampir tidak percaya menerima geran tersebut kerana telah menunggu berbelas tahun.

Majlis penyerahan geran hakmilik rancangan tanah berkelompok turut dihadiri oleh ADUN Kawasan Air Putih Abdul Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman Mohammad Sophian Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal.

-ii

Tinggalkan komen anda