Skip to main content
Berita UtaraTerengganu

Penuntut UMT, Unisza Terima Bantuan Inspirasiku

By 30 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA NERUS, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 1,273 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dekat sini menerima Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) bagi membantu pembiayaan urusan persediaan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dikalangan keluarga B40.

Daripada jumlah tersebut, 680 penuntut adalah daripada UMT manakala selebihnya adalah daripada Unisza.

Zulkifli (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bantuan Inspirasiku kepada Timbalan Naib Canselor (Akedemik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Dr. Mohd Zamri Ibrahim.

Zulkifli (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bantuan Inspirasiku kepada Timbalan Naib Canselor (Akedemik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Dr. Mohd Zamri Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata dana yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah komitmen agensi itu dalam menyantuni dan memperjuangkan nasib pelajar daripada kalangan keluarga B40 bagi memastikan golongan itu dapat menikmati pembelajaran yang sempurna tanpa sebarang masalah.

“YaPEIM menyampaikan dana berjumlah RM636,500.00 dan setiap penuntut yang terpilih akan menerima sumbangan RM1,000.00 seorang.

“Sehingga kini, YaPEIM telah menyumbang sebanyak RM6.37 juta kepada 12,743 penuntut IPT dan bantuan berbentuk wang tunai itu disalurkan terus kepada akaun universiti bagi membayar yuran pengajian dan lain-lain keperluan,” katanya ketika merasmikan Program Inspirasiku di UMT, di sini hari ini.

Zulkifli (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek bantuan Inspirasiku kepada Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Zulkifli (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek bantuan Inspirasiku kepada Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Sebelum itu, beliau hadir pada program yang sama di Unisza.

“Penyerahan bantuan pendidikan Inspirasiku adalah usaha kerajaan dalam menekankan aspek menyantuni dan memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat.

“Selain penuntut IPT, YaPEIM turut memberi bantuan kepada pelajar sekolah dan sehingga kini seramai 99,469 pelajar menerima dana tersebut dengan jumlah 6.85 juta,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Dr. Zulkifli, setiap pelajar menerima bantuan RM500.00 seorang dan berharap usaha ini dapat dimanfaatkan oleh penerima.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada UMT dan Unisza kerana bekerjasama dengan YaPEIM bagi mengenalpasti penuntut yang layak menerima dan seterusnya mengagihkan kepada mereka.

-ii-

Tinggalkan komen anda