Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SSM Kecualikan Fi Lewat Serah Dokumen Mulai 1 hingga 31 Januari

By 31 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi pengecualian fi bagi lewat serah simpan dokumen berkanun mulai 1 hingga 31 Januari depan.

Menurut kenyataan SSM hari ini, pengecualian itu bertujuan mengurangkan impak syarikat yang terkesan oleh penutupan sementara perkhidmatan Malaysia Business Reporting System (MBRS) bagi penyelenggaraan sistem hingga 28 Februari depan.

“SSM memahami kesulitan yang dihadapi dan memohon pelanggan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sistem MBRS ini disempurnakan.
“Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sistem MBRS tidak menghalang akses pelanggan kepada maklumat terkini syarikat yang dikemas kini melalui sistem MyCoID,” demikian menurut kenyataan itu.

SSM berkata sebagai alternatif, pelanggan boleh membuat serahan simpan dokumen Penyata Tahunan (PT), Penyata Kewangan dan Laporan (PK), Exempt Private Company (EPC), Penyata Kewangan Tidak Beraudit dan permohonan pengecualian atau lanjutan masa bagi PT atau PK, Exemption Application (EA) melalui serahan kaunter di pejabat SSM di seluruh negara.

“Tatacara serah simpan dokumen berkanun telah dimuat naik dalam bentuk soalan-soalan lazim (FAQs) yang boleh diakses di laman sesawang www.ssm.com.my,” katanya.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel ke [email protected] atau [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda