Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

10 Buah Rumah Terima Bantuan Jelajah Golongan Rentan

By 17 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BERAPIT, 17 Feb (Malaysiaaktif) – 10 buah rumah untuk golongan rentan telah menerima bantuan keperluan dapur beserta buah lima Mandarin dari Program Jelajah KRT Perkampungan Berapit Sempena Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.

Pemimpin komuniti Perkampungan Berapit Dr Lee Chai Guan, berkata jelajah kali ini dihadkan kepada beberapa rumah dan peserta dalam suasana mencabar penularan wabak COVID-19 sekarang.

Golongan ibu tunggal juga tidak dilupakan dalam Program Jelajah Golongan Rentan.

Golongan ibu tunggal juga tidak dilupakan dalam Program Jelajah Golongan Rentan.

“Aktiviti program jelajah ini dilaksanakan mematuhi SOP iaitu diadakan dalam tempoh satu jam dan golongan rentan pun diraikan.

“Program ini merupakan satu inisiatif KRT Perkampungan Berapit dan diketuai oleh Pengerusi KRT Perkampungan Berapit, Linda Ang, bersama dengan Jawatankuasanya,” katanya kepada Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah.

Pengerusi KRT Perkampungan Berapit, Linda Ang turut bertanya khabar kepada penerima sumbangan di Perkampungan Berapit, terutamanya yang tinggal bersendirian.

Pengerusi KRT Perkampungan Berapit, Linda Ang turut bertanya khabar kepada penerima sumbangan di Perkampungan Berapit, terutamanya yang tinggal bersendirian.

Menurut Lee, jelajah ini berjaya menziarahi beberapa rumah yang dikenalpasti serta dihuni oleh pelbagai kaum, termasuk pengidap penyakit kronik.

Tambahnya, KRT Perkampungan Berapit berhasrat untuk meneruskan aktiviti seperti ini untuk siri dua dan tiga pada akan datang.

Penerangan ringkas mengenai Pembudayaan Norma Baharu juga dilaksanakan oleh Pegawai Penerangan Daerah SPT kepada penerima sumbangan.

Penerangan ringkas mengenai Pembudayaan Norma Baharu juga dilaksanakan oleh Pegawai Penerangan Daerah SPT kepada penerima sumbangan.

Penerima bantuan, Tan Hock Chye, berkata dia mengidap penyakit diabetis sejak tahun 2009 dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini.

“Dalam tempoh PKP ini, bertanya khabar itu sudah memadai untuk menggembirakannya sekeluarga dan keprihatinan pihak pemimpin komuniti kepada masyarakat setempat sangat dihargainya,” katanya.

Penyerahan sumbangan dari Program Jelajah Golongan Rentan Sempena Tahun Baharu Cina yang disampaikan oleh Dr Lee Chai Guan kepada Tan Hock Chye, pesakit diabetis kronik.

Penyerahan sumbangan dari Program Jelajah Golongan Rentan Sempena Tahun Baharu Cina yang disampaikan oleh Dr Lee Chai Guan kepada Tan Hock Chye, pesakit diabetis kronik.

Turut hadir, Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah SPT, Mohd Amran Amin Mohd Hussain bersama kakitangan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan buku Pembudayaan Norma Baharu Jabatan Penerangan Malaysia dan juga poster berkaitan mengawal penularan wabak COVID-19 bagi menyokong usaha program jelajah ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda