Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Medivest Komited Pastikan PKRC Johor Sentiasa Bersih dan Selamat

By 17 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faridah Ismail/Unit Jurufoto JaPen (Johor)

PASIR GUDANG, 17 Feb (Malaysiaaktif)Medivest Sdn Bhd berperanan memastikan Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC) Johor sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk keselesaan para petugas dan pesakit-pesakit di sini.

Menurut Pengurusnya Azman Mohammed Said, Medivest merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan berasaskan pembersihan dan pelupusan sisa klinikal secara selamat.

“Kami diberi peranan untuk memastikan kawasan PKRC berada dalam keadan bersih dan selamat serta sentiasa memastikan sisa-sisa klinikal dihapuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi memastikan kebersihan di sini terjamin, pihak kami telah mengatur jadual para petugas dan sentiasa memantau kerja-kerja yang dijalankan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi zon yang telah ditetapkan,” katanya lagi ketika di temui di Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC) Johor, Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini, semalam.

Tambah beliau, setiap hari pihak syarikat akan memberikan taklimat sebelum dan selepas waktu bertugas bagi tujuan mendapatkan maklumat untuk penilaian dan penambahbaikkan.

“Setakat hari ini, terdapat 25 orang petugas yang berkerja bermula jam tujuh pagi hingga tujuh petang.

“Bermula 18 Februari ini, mereka akan bertugas mengikut syif berdasarkan sistem penggiliran tugas yang telah ditetapkan,” katanya.

Azman berkata, bagi zon merah, proses pembersihan akan dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang manakala untuk zon hijau, proses pembersihan akan dibuat mengikut kadar kekerapan yang ditetapkan.

“Selain menguruskan sisa buangan klinikal dan pembersihan, pihak kami juga menjalankan pelbagai perkhidmatan lain seperti Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Kemudahan (FEMS), Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Bioperubatan (BEMS), Perkhidmatan Pembersihan (CLS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Kesihatan (HWMS), Perkhidmatan Linen dan Dobi (LLS) dan Program Kelestarian (SP),” katanya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda