Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

23 Februari Tarikh Keramat Peristiwa Bukit Kepong

By 26 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurezzaty Razimi/Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama barisan kepimpinan yang terdiri daripada Ketua Galeri Bukit Kepong Sarjan Mohd Roslan Abd Rahman, Ketua Balai Polis Lenga SM Zakaria Abu Bakar, Penghulu Bukit Kepong Norhisham Mohd, ketua–ketua kampung, pengerusi masjid dan surau mengambil kesempatan menziarahi pusara para pejuang Bukit Kepong sebagai memperingati perjuangan perajurit tanah air,

Menurut Penghulu Bukit Kepong Norhisham Mohd, masyarakat perlu menghargai dan mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang tanah air.

Datuk Dr Sahruddin Jamal menziarahi pusara para pejuang Balai Polis Bukit Kepong.

Datuk Dr Sahruddin Jamal menziarahi pusara para pejuang Balai Polis Bukit Kepong.

“Kita sepatutnya melahirkan rasa bersyukur dan terhutang budi di atas pengorbanan perajurit negara yang berkorban jiwa dan raga demi mendaulatkan bumi tercinta ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Memperingati Peristiwa Bukit Kepong di Masjid Jamek Bukit Kepong, di sini baru-baru ini.

Menurut Norhisham, walaupun hanya penganjuran majlis yang ringkas tetapi inisiatif mengadakan majlis tahlil serta penyampaian sumbangan kepada waris para pejuang merupakan langkah terbaik bagi menghargai jasa perajurit yang sanggup mengadaikan nyawa demi mempertahankan negara.

“Mengimbas kembali 71 tahun yang lalu, tanggal 23 Februari merupakan tarikh keramat yang tidak akan dilupakan para perajurit tanah air khususnya anggota polis di mana pada detik itu menyaksikan peristiwa serangan berdarah oleh pengganas komunis yang telah mengorbankan 17 anggota polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Kepong menyampaikan sumbangan kepada waris pejuang yang telah terkorban.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Kepong menyampaikan sumbangan kepada waris pejuang yang telah terkorban.

“Serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepong ini telah diketuai oleh Komunis Melayu Muhammad Indera dan Komisser Goh Peng Tun serta 180 anggota Parti Komunis Malaya (PKM).

“Kejadian yang bermula pada awal pagi hari tersebut menyaksikan kumpulan anggota PKM bertindak mengepung keseluruhan kawasan balai bermula daripada bahagian hadapan dan sekelilingnya,” katanya.

Tambah Norhisham, Sarjan Jamal Md Shah yang ketika itu merupakan Ketua Balai Bukit Kepong bersama anggota-anggotanya berjuang bermati–matian demi mempertahankan Bukit Kepong daripada serangan PKM.

“Namun akhirnya, 25 anggota polis termasuk ahli keluarga mereka telah terkorban dan balai polis serta berek tempat mereka tinggal turut dibakar sehingga hangus.

“Semangat perjuangan, keberanian dan pengorbanan ini yang membuatkan Balai Polis Bukit Kepong dijadikan sebagai sebuah Galeri Darurat supaya semangat dan pengorbanan mereka diteladani dan dikenang sebagai kesinambungan wadah perjuangan, demi agama, bangsa dan negara,” jelasnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda