Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

COVID-19: Bukan Halangan Mencari Rezeki

By 26 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Penularan Pademik COVID-19 masa kini menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan untuk menanggung nafkah keluarga.

Masalah kewangan menghantui banyak keluarga namun bagi seorang pemuda Mohd Saufi Dollah, 36, tidak menjadi kerumitan dalam usaha mencari pendapatan untuk menampung nafkah keluarga di Kampung Kuala Kepok, Tanah Merah.

Beliau yang bekerja sendiri sebagai tukang kayu sentiasa bersedia membekalkan ukiran mengikut citarasa pelanggan yang menempahnya.

Bapa kepada sepasang cahaya mata berkelulusan dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka tahun 2004 sentiasa menitik beratkan mutu ukiran dan ketelitian agar dapat memenuhi kehendak pelanggan.

“Harga yang ditawarkan adalah berpatutan serta mampu dimiliki pelanggan.

“Pertukangan dan ukiran kayu menjadi mata pencarian sejak tamat belajar di ADTEC Melaka dahulu,” katanya yang ditemui di bengkel miliknya, di sini baru-baru ini.

Bingkai jendela tempahan yang telah siap untuk diserah kepada pelanggan

Bingkai jendela tempahan yang telah siap untuk diserah kepada pelanggan

Selepas memperoleh diploma dalam bidang berkenaan beliau terus menceburkan diri dalam bidang pertukangan ukiran kayu bermula daripada bahan sisa buangan kayu.

“Saya minat kerja pertukangan dan ukiran kayu sejak dari bangku sekolah lagi sewaktu arwah bapa bertukang dengan menerima tempahan dari rakan terdekat, dari situ saya belajar mendalami dan mengenali keaslian dan kehalusan dalam menyiapkan ukiran kayu,” katanya.

Beliau amat berterima kasih kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Tanah Merah di atas pemberian bantuan membeli mesin pemotong kayu, enjin pum angin, peralatan ukiran dan sebagainya dengan jumlah keseluruhan berharga RM10,000.

Isterinya Syahirah Che Zulkifli, 26, turut memberi sokongan kepada suaminya dalam meneruskan kerjaya yang diminatinya.

“Kami sentiasa menyokong usaha pertukangan ukiran kayu ini, kerana  ukirannya unik dan cantik sebab itu ramai pelanggan yang berminat membuat tempahan,” katanya.

Ibu kepada Mohd Saufi, Khatijah Yusuf turut menyokong dan mahukan anaknya berjaya dalam apa jua bidang yang diminatinya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda