Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

3,499 Kes Baharu, Angka Kematian Turun

By 14 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Jumlah kematian akibat COVID-19 mencatat penurunan berbanding kelmarin dengan lima kematian dilaporkan manakala kes baharu positif wabak itu terus merekodkan empat angka dengan 3,499 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 261,805, dengan kes aktif sebanyak 51,558.

“3,498 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,871 warga tempatan dan 1,627 bukan warga negara manakala satu kes lagi merupakan kes import membabitkan seorang warga tempatan,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 semalam.

Beliau berkata kes sembuh pula mencatat 3,515 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada COVID-19 adalah sebanyak 209,289 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 263 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes kematian melibatkan dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah, Johor, dan Terengganu dengan lingkungan umur kesemua mangsa dari 20 hingga 68 tahun.

Beliau berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi dengan 1,345 kes, diikuti Johor (802 kes) dan Kuala Lumpur (511 kes).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda