Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

COVID-19: Hanya Sambut Hari Besar Berdua

By 14 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastika Hablum (Jasin)

MELAKA, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Tahun Baharu Cina kali ini amat berbeza kerana penularan pandemik COVID-19, dengan prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan yang menyekat rentas daerah dan negeri sudah pasti kemeriahkan sambutan kali ini tidak seperti lazimnya.

Mantan Ketua Kampung Baru Parit Keliling Hoo Ah Guan, 70, berkata tahun ini hanya beliau dan isteri sahaja meraikan sambutan tahun baharu di rumah mereka.

“Saya ada tujuh orang anak yang kesemuanya berkerja di luar Negeri Melaka dan sudah pasti mereka tidak dapat pulang bersama kami di sini.

“Kita harus bekorban untuk negara, lupakan sementara keseronokan kerana kesihatan itu lebih penting.

“Walaupun sunyi tanpa anak-anak dan cucu pulang ke rumah pada tahun ini, saya masih boleh meraikan bersama jiran tentanga dan juga pelanggan yang sering bertanyakan khabar,” ujarnya yang juga menjalankan perniagaan kedai runcit.

Ah Guan turut memberikan angpau dan limau mandarin kepada petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang sambutan tahun baharu ini serta turut menyokong usaha kerajaan dalam mengekang virus ini.

“Saya berharap agar pandemik menunjukkan petunjuk positif agar COVID-19 dapat dihentikan penularannya dan suasana kembali seperti sediakala,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda