Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Dialog Awam Secara Maya Permudah Komunikasi Dua Hala

By 4 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir (Kota Kinabalu)/DBKK

KOTA KINABALU, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Sesi dialog awam yang diadakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kali ini berlangsung secara maya melalui aplikasi ZOOM bagi memudahkan komunikasi dua hala meski dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, berkata sesi itu bertujuan untuk membolehkan interaksi dengan penduduk bandaraya bagi mendapatkan idea atau cadangan dalam mewujudkan persekitaran yang selesa.

“Selain itu, ia juga sebagai medium menyuarakan idea, cadangan atau pendapat dalam menambah baik perkhidmatan DBKK untuk menjadikan bandaraya Kota Kinabalu (KK) sebuah bandaraya yang hijau, bersih dan berdaya huni.

“Saya juga yakin dan percaya bahawa komunikasi dua hala seperti ini dapat memberikan ruang yang lebih terbuka kepada orang ramai untuk memberi idea dan melibatkan diri dalam perancangan program pembangunan KK Sejahtera yang sedang dan akan diadakan,” katanya.

Dalam sesi sekitar satu jam setengah itu, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) DBKK Junainah Abbie, turut melakukan pembentangan mengenai perancangan bandar raya meliputi beberapa hala tuju seperti pemantapan prasarana, pengurusan luar bandar serta pendigitalan DBKK.

“Pembentangan ini adalah bagi memperlihatkan kepada orang awam bahawa DBKK ingin lebih telus dalam penyampaian perkhidmatannya,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda