Skip to main content
Berita TimurTerengganu

BOSS Komited Bantu Mereka yang Memerlukan

By 9 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Kesibukan dalam melaksanakan tugas ketika masih berada di dalam perkhidmatan awam menjadi antara sebab golongan pesara menubuhkan badan sukarela yang dikenali sebagai BOSS iaitu Pertubuhan Kebajikan Bantu Orang Susah Sokmo Terengganu.

Menurut Tuan Azlah Tuan Azam, 59, Pengerusi BOSS, pertubuhan ini bergerak aktif di daerah ini sejak beberapa tahun lepas dan telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 18 Jun 2018.

“Matlamat utama penubuhan BOSS adalah untuk membantu semua lapisan masyarakat dan amat kena dengan akronim BOSS yang dipilih menjadi nama pertubuhan mereka, di mana ahli BOSS kebanyakkannya terdiri daripada pesara atau orang pencen yang ingin membalas balik jasa mereka kepada masyarakat.

Pengerusi BOSS, Tuan Azlah Tuan Azam, 59.

Pengerusi BOSS, Tuan Azlah Tuan Azam, 59.

“Selain menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan, sewaktu pasca banjir, sumbangan berbentuk makanan dan pakaian turut disalurkan kepada mangsa terjejas banjir di kawasan yang telah dipilih dan sumbangan yang kami berikan adalah daripada kalangan ahli juga dari pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan kepada petugas barisan hadapan, baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan kepada petugas barisan hadapan, baru-baru ini.

Bagi Mohd Khalid Deraman, 66, yang merupakan ahli BOSS menjelaskan kerja-kerja sukarela telah sebati dengan jiwa beliau.

“Saya gembira kerana dapat bersama dengan agensi kerajaan dalam memastikan maklumat COVID-19 dan dapat membuat hebahan dengan menggunakan Unit Bergerak oleh Pejabat Penerangan Daerah Dungun dan juga Perkim Cawangan Daerah Dungun,” katanya.

Mohd Khalid Deraman, 66 ahli BOSS berkata kerja-kerja sukarela telah sebati dengan jiwanya.

Mohd Khalid Deraman, 66 ahli BOSS berkata kerja-kerja sukarela telah sebati dengan jiwanya.

“BOSS bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Dungun juga Pejabat Penerangan Daerah Dungun telah menyampaikan sumbangan makan tengahari dan barangan keperluan makanan kepada petugas barisan hadapan yang terdiri dari Polis Daerah Dungun, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di pintu masuk ke Pusat Koreksional Dungun Terengganu.

“Nilai sumbangan tidak besar namun nilai dan penghargaan terima kasih kepada petugas amat kami hargai dan kita sebagai orang awam perlu menghormati petugas barisan hadapan kerana jasa dan pengorbanan mereka untuk memastikan kita dalam keadaan selamat dan saya berharap agar masyarakat mengamalkan budaya norma baharu kerana kita masih berusaha memastikan jangkitan virus,” katanya.

Tinggalkan komen anda