Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Hospital Swasta Sedia Bekerjasama Jayakan Program Vaksinasi

By 16 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Hospital swasta sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan program imunisasi COVID-19 kepada orang ramai dalam usaha mempercepatkan proses berkenaan.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh berkata pihaknya sedang menunggu untuk berbincang mengenai mekanisme pemberian vaksin memandangkan ramai yang bersedia mendapatkan suntikan di hospital-hospital swasta.

“Ini adalah perkhidmatan yang kami boleh sediakan kepada awam, bagaimanapun kami masih menunggu arahan selanjutnya. Kami akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan semua barisan hadapan mendapatkan vaksinasi daripada sektor perkhidmatan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Kuljit berkata petugas kesihatan di hospital-hospital swasta akan menerima suntikan vaksin serentak dengan petugas kesihatan di hospital kerajaan dan menyatakan penghargaan kepada kerajaan atas usaha berkenaan.

APHM juga menggesa warganegara yang sesuai untuk menerima vaksin supaya mendapatkan suntikan masing-masing.

Menurut kenyataan itu, vaksin itu selamat dan kemungkinan komplikasi jangka panjang COVID-19 terhadap aspek kesihatan jauh lebih teruk berbanding kesan sampingan daripada vaksin.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda