Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kementerian Wilayah Persekutuan Bakal Bina 12,000 Unit Kediaman di Putrajaya

By 6 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan membina 12,000 unit kediaman berharga RM200,000 di bawah program Residensi Prihatin di Putrajaya.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata projek itu akan dilancarkan pada 22 Februari ini dan dijangka mengambil tempoh 24 hingga 30 bulan untuk siap.

Annuar berkata kira-kira 8,000 unit yang bakal dibina itu merupakan lima projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang dijenamakan semula di bawah Residensi Prihatin, dengan sebahagian projek tersebut tergendala sebelum ini.

“Sementara empat projek lagi melibatkan 4,000 unit rumah akan dibuat secara permohonan cadangan (RFP) untuk pemaju dipilih secara terbuka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Annuar, projek tersebut akan dibangunkan di kawasan strategik termasuk berhampiran pengangkutan awam, antaranya di Presint 7 dan 9.

Kementerian akan membuka permohonan kepada pembeli, dengan keutamaan kepada penjawat awam dan golongan muda yang berkeluarga, pada 23 Februari ini, katanya.

Beliau yakin projek tersebut akan mendapat sambutan memandangkan ramai pemohon sebelum ini gagal membeli rumah berharga RM300,000 menerusi Program Rumah Wilayah yang ditawarkan sebelum ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda