Skip to main content
Berita TimurTerengganu

MAIDAM Santuni Pelajar SMKTAI

By 25 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 25 Feb – (MalaysiaAktif) – Bagi mengurangkan beban golongan pelajar yang sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (SMKTAI), Kuala Berang, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berbesar hati menyampaikan bantuan berbentuk pelitup muka dan makanan kepada para pelajar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM M Rozi Bidin, bantuan bernilai RM3000 yang diberikan bukan daripada sumber zakat tetapi melalui sumber kewangan MAIDAM yang lain iaitu bantuan yang diberikan berdasarkan permohonan yang diterima dengan peruntukan yang ada.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M.Rozi Bidin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengetua SMKTAI Mohd Sohaimi Zakaria.

M.Rozi Bidin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Sohaimi,

“Semoga bantuan yang diberikan dapat membantu para pelajar untuk terus fokus dalam menghadapi peperiksaan tanpa perlu memikirkan hal-hal yang lain.

“Selain bantuan daripada pihak MAIDAM, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKTAI turut menyampaikan bantuan pembersih tangan untuk kegunaan pelajar sekolah,” katanya ketika menyerahkan sumbangan di SMKTAI, di sini semalam.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Zahari Sulong, untuk kegunaan pelajar sekolah tersebut.

Sesi penyampaian sumbangan kepada pihak sekolah SMKTAI.

Sesi penyampaian sumbangan kepada pihak sekolah SMKTAI.

Bagi Pengetua SMKTAI Sohaimi Zakaria, bantuan yang disampaikan oleh MAIDAM dan pihak PIBG Sekolah amat membantu pelajar yang menghadapi peperiksaan ketika ini, terutama mereka yang tinggal di asrama.

“Pihak sekolah amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan kepada pelajar sekolah kerana bantuan ini telah memudahkan lagi urusan mereka,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda