Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MBJB Agih Bantuan Bakul Makanan Ringankan Beban Pemandu Bas Dan Teksi

By 6 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Mohd Nasir Salman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyalurkan 60 bantuan bakul makanan kepada pemandu bas dan teksi dalam Zon Taman Rinting dan Sri Plentong yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, berkata pemandu bas dan teksi adalah antara golongan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

“Bagi pihak kerajaan, kami akan sentiasa memantau aduan rakyat dan melaksanakan pelbagai program bantuan secara berperingkat khususnya sebelum menjelang perayaan-perayaan besar seperti Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas program Agihan Bakul Makanan MBJB Kepada Pemandu Bas Sekolah dan Teksi, di sini hari ini.

Hishamudin Ahmad, seorang pemandu teksi Malaysia-Singapura yang terkesan apabila pintu sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak tahun lepas.

Hishamudin Ahmad, seorang pemandu teksi Malaysia-Singapura yang terkesan apabila pintu sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak tahun lepas.

Ahli Majlis MBJB Zon Taman Rinting Dzulkifli Suleman, berkata bantuan bakul makanan itu merupakan peruntukan yang disalurkan kepada ahli-ahli majlis di dalam kawasan pentadbiran MBJB bagi membantu golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP.

“Seramai 30 orang pemandu teksi dan 30 orang pemandu bas dalam Zon Taman Rinting dan Sri Plentong telah menerima agihan bakul makanan.

“Program seumpama ini telah beberapa kali dilaksanakan sebelum ini bagi membantu golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Pemandu bas sekolah, Zil Fahazila Zainal, hanya mampu bekerja sambilan seperti membuat kuih dan mengurut untuk menambah pendapatan keluarga.

Pemandu bas sekolah, Zil Fahazila Zainal, hanya mampu bekerja sambilan seperti membuat kuih dan mengurut untuk menambah pendapatan keluarga.

Pemandu teksi Johor Bahru-Singapura, Hishamudin Ahmad, 51, berkata sepanjang 26 tahun membawa teksi, tempoh ini merupakan dugaan paling mencabar bagi beliau dan keluarganya.

“Semenjak pintu sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada tahun lepas, pemandu teksi seperti saya sudah tidak boleh bekerja dan pendapatan saya terjejas teruk.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan dan pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami,” ujarnya.

Mohammad Hatta Johari (tengah) bersama petugas-petugas unit hebahan bergerak Info On Wheels (IOW) bersiap sedia melakukan hebahan mengenai SOP pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tapak program.

Mohammad Hatta Johari (tengah) bersama petugas-petugas unit hebahan bergerak IoW bersiap sedia melakukan hebahan mengenai SOP pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tapak program.

Sementara itu, pemandu bas sekolah, Zil Fahazila Zainal, 50, berkata sumbangan bakul makanan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban tanggungan keluarganya setelah bas sekolah tidak dapat beroperasi berikutan penutupan sekolah sepanjang tempoh PKP.

“Pada masa ini, saya hanya menambah pendapatan keluarga dengan melakukan kerja-kerja sambilan seperti membuat kuih, biskut dan melakukan perkhidmatan mengurut,” katanya.

Dalam pada itu, bagi memastikan program dilaksanakan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru menerusi Unit Hebahan Bergerak Info on Wheels (IoW) telah diminta untuk melakukan hebahan SOP PKP sepanjang tempoh program berlangsung.

Petugas IoW, Mohammad Hatta Johari yang ditemui berkata hebahan SOP PKP dilakukan dengan menggunakan pembesar suara yang terdapat di atas kenderaan jabatan.

“Dengan kaedah ini, semua yang terlibat dalam program ini akan sentiasa menerima maklumat mengenai SOP yang patut dipatuhi seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan saranan untuk terus pulang apabila urusan di tapak program selesai,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi KRT Zon Pasir Gudang Syed Fauzi Syed Hassan.

-NI-

Tinggalkan komen anda