Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pengusaha Restoran di Sekitar Pengkalan Kota Bersyukur

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S.Shanmuganathan/R.Vikkneswaran (Timur Laut)

GEORGETOWN, 11 Feb ( Malaysiaaktif) – Pengumuman kerajaan yang membenarkan makan di restoran telah disambut baik oleh pengusaha restoran dan kedai makan di sekitar Pengkalan Kota.

Seorang pengusaha restoran Azim Yusoff, 48, berkata dia melahirkan rasa bersyukur dengan pengumuman tersebut.

“Saya berasa syukur para pelanggan dibenarkan makan di sini dan tidak perlu membungkus makanan untuk dibawa ke rumah.

“Saya berharap perniagaan akan pulih seperti biasa berbanding sebelum ini adalah terjejas dan telah menyebabkan kekurangan pelanggan ke restoran dan perniagaan pun merosot,” katanya.

Suasana para pelanggan di Lebuh Tamil dibenarkan makan di sini dan tidak perlu membungkus makanan untuk dibawa ke rumah.

Suasana para pelanggan di Lebuh Tamil.

Pengusaha Restoran di Little India M.Selvam, 45, berasa gembira dengan keputusan kerajaan dan akan mematuhi SOP termasuk mengamalkan penjarakan sosial seperti menjarakkan meja antara satu sama lain bagi pelanggan yang mahu makan di premisnya.

“Apa yang penting ialah kebajikan para pekerja akan terbela bagi menyara keluarga masing-masing yang terjejas akibat COVID-19.

“Pendapatan restoran telah terjejas sejak pelaksanaan PKP dan berharap wabak COVID-19 dapat dibendung secepat mungkin,” katanya.

Kedai Kopi di Lebuh Macallum disambut baik ramai pelanggan kembali ke kedai untuk menikmati sarapan pagi setelah "dine-in" dibenarkan.

Kedai kopi di Lebuh Macallum disambut baik ramai pelanggan.

Selain pemantauan, Angkatan Pertahanan Melaysia (APM) Daerah Timur Laut turut bersama dengan Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut hari ini untuk memberi nasihat dan mengedarkan poster 3W3C kepada peniaga dari kedai ke kedai.

-ii-

Tinggalkan komen anda