Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

RM4.7 Juta Siapkan Projek Sky Bridge Yang Tertangguh

By 5 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Norkhairuddin Muhammad/Shahvian Mohd. Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM4.7 juta bagi menyiapkan Projek Sky Bridge yang terhenti sejak 2018 berikutan pemaju asal diistiharkan muflis.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan dengan dana tambahan tersebut projek jejantas yang menghubungkan antara Asia City, Api-api Centre dan sebuah kompleks beli belah dapat disiapkan dengan segera.

Menurut Hajiji, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam masa terdekat dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

“Ia perlu disiapkan dengan cepat bagi memberi kemudahan dan keselamatan kepada orang awam (pejalan kaki),

“Setakat ini, 92 peratus telah siap dan hanya tinggal lapan peratus yang akan dilaksanakan,” jelasnya ketika membuat lawatan ke tapak projek berkenaan, di sini semalam.

Hajiji (tengah) menunjukkan tanda bagus sebagai tanda berpuashati pada lawatan ke tapak Sky Bridge.

Hajiji (tengah) menunjukkan tanda bagus sebagai tanda berpuashati pada lawatan ke tapak Sky Bridge.

Menurut Hajiji, Projek Sky Bridge yang bernilai RM31.5 juta itu dibiayai oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri melalui Perjanjian Mudahcara antara Kerajaan Malaysia dan Bank Pembangunan Malaysia serta syarikat Sunsea Development Sdn Bhd pada 9 Februari 2017.

“Pembinaan jejantas pejalan kaki itu bermula pada 1 April 2017 dan dijadualkan siap pada 30 September pada tahun yang sama, projek tersebut kemudiannya dilanjutkan sehingga 30 April 2018, namun syarikat tersebut didapati muflis pada 18 April 2018.

“Menerusi perjanjian tersebut, Kerajaan Persekutuan berhak menamatkan Dana Mudahcara itu sekiranya pemaju didapati muflis dan pada ketika itu Petrofiq Sdn Bhd merupakan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan telahpun menyiapkan 90 peratus pembinaan namun terpaksa memberhentikan kerja kerana tidak menerima pembayaran daripada pihak pembiaya,” katanya.

Hadir sama, Mayor Dewan Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip.

-SH

Tinggalkan komen anda