Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kembara Prihatin Negara JKM Bantu Masyarakat Terjejas

By 5 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Rembau melaksanakan program Kembara Prihatin Negara (KPN) untuk membantu dan menyantuni rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau Nurul Fatihah Jasli, program tersebut dilaksanakan bertujuan membantu rakyat yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

“Program KPN ini telah bermula pada bulan November 2020 dimana sebelum ini pihak JKM membuka kaunter perkhidmatan di setiap kampung dan beroperasi pada setiap minggu untuk mereka yang memerlukan bantuan hadir ke kaunter perkhidmatan kami untuk mengambil bantuan.

“Namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JKM mengambil inisiatif bergerak ke kampung-kampung dengan kerjasama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengenalpasti individu atau keluarga yang memerlukan bantuan,” ujarnya ketika ditemui di rumah penerima bantuan di Kampung mampong, di sini semalam.

Tambah Fatihah, sebanyak 25 buah bakul makanan telah diberikan kepada lima buah keluarga di kampung tersebut.

“Pihak kami mengedarkan bakul makanan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19, bantuan tersebut berupa barang keperluan asas seperti beras, minyak masak dan barang-barang keperluan yang lain,” katanya.

Salah seorang keluarga penerima bantuan bakul makanan, Norazura Salim, 38, berkata beliau bersyukur di atas sumbangan yang diberikan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada JKM Daerah Rembau di atas kesudian memberi sumbangan bakul makanan ini serta Pengerusi MPKK Kampung Mampong Perigi Jernih, saya amat bersyukur atas sumbangan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga saya,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda