Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Jumlah kehadiran pengunjung masyarakat Cina tahun ini ke Tokong Yeok Ong Tye Tay di Taman Selamat di sini untuk melakukan upacara sembahyang sempena Tahun Baharu Cina amat terhad.
Pengunjung tokong Robert Lim, berkata perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini disambut dalam suasana norma baharu mengikut saranan kerajaan.
“Kerajaan menetapkan acara keagamaan dibenarkan pada 11 hingga 13 Februari mulai 6.00 pagi hingga 2.00 petang, dan terhad pada suatu masa yang ditetapkan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan.
“Setiap aktiviti di tokong tersebut tenang dan tertib tanpa berasak-asak bagi memastikan pengunjung dapat menyambut perayaan dalam keadaan selamat demi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19,” katanya kepada Pegawai Penerangan dari Daerah SPT yang membuat tinjauan di sini.
Tambahnya lagi, kehadiran pengunjung berbanding tahun sebelumnya apabila pada kebiasaannya telah berkurang hadir ke tokong untuk melakukan upacara sembahyang.
Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Lucy Goon, berkata upacara sembahyang pada pagi tahun baharu kali ini berjalan lancar semasa dia bertugas sejak awal pagi.
“Tiada masalah dan keadaan mesra semasa kami bertugas pada musim perayaan ini.
“Rata-rata pengunjung faham SOP COVID-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti penggunaan aplikasi MySejahtera dan sukat suhu badan,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, pihak Ahli Jawatankuasa Tokong juga menjaga tokong bagi membantu pihak RELA memastikan pengunjung mematuhi SOP di tokong tersebut seperti basuh tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun atau cecair sanitasi tangan sebelum meninggalkan premis tokong.
-ii-