Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pengunjung Tokong Ular Patuhi SOP Tahun Baharu Cina

By 15 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/U.Prakash (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 13 Februari 2021 dengan kehadiran penganut tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa.

Penganut mengimbas MySejahtera sebelum masuk ke rumah ibadat.

Penganut mengimbas MySejahtera sebelum masuk ke rumah ibadat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A.A. Anbalagan, berkata beliau amat berpuas hati dengan pematuhan SOP rumah ibadat tersebut seperti pemeriksaan suhu badan, merekod MySejahtera, memakai pelitup muka dan kehadiran maksimum seramai 30 orang untuk setiap sesi serta kerja-kerja sanitasi setelah selesai upacara sembahyang.

“Para penganut juga diwajibkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal selain tempoh waktu sembahyang perlu berselang seli dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit.

JaPen hadir membuat hebahan pematuhan SOP sempena Tahun Baru Cina.

JaPen hadir membuat hebahan pematuhan SOP sempena Tahun Baru Cina.

Bagi memastikan setiap penganut yang menghadiri rumah ibadat untuk upacara keagamaan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama beberapa agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) hadir membuat tinjauan,” katanya ketika ditemui di Rumah Ibadat Tokong Ular, di sini baru-baru ini.

Anbalagan menyampaikan poster Norma Baharu kepada para peniaga.

Anbalagan menyampaikan poster Norma Baharu kepada para peniaga.

Beliau juga meluangkan masa menyampaikan poster dan buku kecil Amalan Norma Baharu kepada para peniaga di situ serta menasihati mereka agar sentiasa mematuhi SOP di musim perayaan ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda