Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1, 384 Kes Baharu, Enam Kematian

By 24 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 meningkat kepada 1,384 kes semalam daripada 1,116 kes (Isnin) dengan enam kes kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dengan perkembangan terbaharu itu jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 335,540 dengan kes aktif sebanyak 14,454.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini (Selasa), 1,375 adalah kes tempatan manakala sembilan lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan perkembangan situasi COVID-19 di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,058 lagi kes sembuh direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif sembuh akibat pandemik itu sebanyak 319,842.

Beliau berkata jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat pandemik itu kini mencecah 1,244 orang, manakala pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah 148 dengan 62 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 625 kes diikuti Johor dengan 161 kes dan Sarawak sebanyak 140 kes.

Pulau Pinang pula mencatat 100 kes, Kelantan (65), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (64), Sabah (60), Kedah (51), Melaka (45), Pahang (38), Wilayah Persekutuan Labuan (14), Negeri Sembilan (10), Terengganu (tujuh) dan Perak (empat).

Beliau juga memaklumkan tiga lagi kluster baharu dikesan kesemuanya melibatkan kluster tempat kerja iaitu Kluster Balakong Jaya Dua di Selangor, Kluster Jalan Indah Gemilang Satu, Johor dan Kluster Teknologi Bukit Minyak di Pulau Pinang.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda