Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pengurusan Mampan Sumber Air Negara Bantu Pembangunan Ekonomi Negara

By 29 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/Mohd Rafezan Shawal (Kulai)

KULAI, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Air Sedunia dengan tema menghargai air mempunyai nilai yang kompleks dan besar untuk isi rumah, makanan, budaya, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan integriti persekitaran semula jadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Tosrin Jarvanthi, bekalan air yang dinikmati sekarang ini sangat bernilai kepada kehidupan.

“Jika sumber air yang merupakan aset penting untuk kehidupan seharian kita telah tercemar, masalah kekurangan bekalan air dan sumber air bersih tidak dapat dielakkan, jika tiada tindakan sewajarnya diambil dengan segera.

“Semua pihak perlu bekerjasama bagi menjaga kelestarian sumber air dengan tidak mencemarkan saliran dengan bahan buangan seperti sisa pepejal, kumbahan dan sebagainya dengan memastikan semua air sisa itu dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Kulai di Kampung Sri Gunung Pulai, di sini baru-baru ini.

Tosrin berharap agar sambutan seumpama ini dapat diperluaskan lagi sehingga ke peringkat komuniti sama di kawasan Dewan Undangan Negeri dan mukim agar semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan sumber air, dapat bekerjasama dalam merealisasikan perlaksanaan pengurusan sumber air negara secara bersepadu serta dapat membantu dalam pembangunan ekonomi negara.

Pada majlis tersebut, Tosrin turut melepaskan benih anak ikan ke dalam sungai Kampung Sri Gunung Pulai sebagai simbolik acara perasmian dan beliau turut menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran kawasan sungai bersama para penduduk kampung.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai Mohd Mackeen Mohd Shafie mewakili Pegawai Daerah Kulai, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kulai Faiz Hassan dan Yang Dipertua MPKu Natazha Harris.

-NI-

Tinggalkan komen anda