Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

ABC-19 Bantu Bendung Penularan COVID-19

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norsaedah Haron/Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Program Pemerkasaan Komuniti Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) merupakan satu bentuk program yang mensasarkan kepimpinan komuniti, ahli komuniti dan sukarelawan sebagai petugas barisan hadapan dan ejen utama dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di peringkat komuniti.

Menurut Pegawai Daerah Kluang Jamaluddin A Hamid, program ini merupakan program yang ditunggu-tunggu di mana ia diadakan bagi melaksanakan arahan kerajaan dalam memperkasa komuniti bagi menangani pandemik COVID-19.

“Esok juga kita akan melaksanakan program vaksin yang akan melibatkan para petugas barisan hadapan di peringkat negeri dan juga daerah.

“Program ini merupakan program peringkat kebangsaan yang mana semua pihak akan terlibat bersama-sama dalam melaksanakan tanggungjawab ini tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Komuniti ABC-19 dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Kluang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Kluang, di sini, semalam.

Tambahnya, beliau berharap dalam norma baharu ini langkah pengukuhan di peringkat komuniti terutamanya di peringkat mukim, kampung dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan peranan masing-masing agar program pemerkasaan komuniti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam program tersebut, Jamaluddin turut menyerahkan banting dan kain rentang Pemerkasaan Komuniti kepada penghulu mukim dan pengerusi kawasan rukun tetangga (KRT) daerah Kluang.

-NI-

Tinggalkan komen anda