Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Daftar, Dapatkan Vaksin COVID-19 – Christina

By 23 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Azwan Mohamad/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat digalak mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin COVID-19 yang disediakan oleh kerajaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi, berkata peranan semua lapisan masyarakat hendaklah diterjemahkan secara bersama dalam mengawal jangkitan COVID-19 daripada terus merebak.

“Menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat untuk mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam memastikan pengambil suntikan vasinasi ini dapat mencapai sasarannya.

“Setakat ini, kerjaan negeri telah menerima empat penghantaran vaksin yang berjumlah 53,000 dos dan masih menungu sekitar 50,000 dos lagi untuk penghantaran yang kelima dan keenam bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” katanya kepada media selepas mengiringi Perdana Menteri melawat Pusat Vaksinasi COVID-19 di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini semalam.

Menurut Dr. Christina, kerja-kerja mengagihkan setiap vaksin ke semua Pusat Penyimpanan Vaksin (PPV) di Sabah dilaksanakan sejak tempoh 16 hari perlaksannaanya selepas program ini dimulakan.

“Penghantaran vaksin fasa kedua pada April depan akan menyasarkan golongan yang berisiko dan yang berumur 60 tahun ke atas.

“Anggaran asal iaitu lebih kurang 268 ribu penduduk negeri Sabah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai risiko dan juga mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas akan terlibat dalam program ini.

“Dalam memastikan Program fasa kedua ini dapat dijayakan, JKNS akan membuka lebih banyak fasiliti bukan kesihatan di daerah-daerah dan kawasan kampung supaya dapat menampung keperluan pemberian vaskin pada ketika itu,” katanya.

Muhyiddin beramah mesra bersama penerima vaksin di Pusat Vaksinasi COVID-19 daerah Kota Kinabalu.

Muhyiddin beramah mesra bersama penerima vaksin di Pusat Vaksinasi COVID-19 daerah Kota Kinabalu.

-RI

 

Tinggalkan komen anda