Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kerajaan Negeri Lancar Katalog Perundangan Negeri Melaka

By 23 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

MELAKA, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka dengan Kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melancarkan Katalog Perundangan Negeri Melaka.

Ketua Menterinya Datuk Seri Utama Dr. Sulaiman Md Ali, berkata buat julung kalinya satu senarai perundangan yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah dihimpunkan dalam satu naskah dan merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dengan MPC.

“Ia adalah sebahagian daripada hasrat kerajaan negeri untuk melaksanakan Amalan Baik Peraturan (GRP) di negeri ini dan merupakan aspek penting bagi merealisasikan Pelan Stratergik Melakaku Maju Jaya 2035 di mana dalam tempoh 15 tahun iaitu menjelang tahun 2035, kami sasarkan hampir 80 peratus undang-undang Negeri Melaka akan mengikut standard dan piawaian amalan baik peraturan ini.

“Bersesuaian dengan slogan baharu Negeri Melaka, ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia’, inisiatif ini membuktikan iltizam kerajaan untuk melaksanakan segala penambah baikan tadbir urus dan kawal selia peraturan di samping memastikan sistem penyampaian perkhidmatan di negeri ini dilaksanakan dengan efektif.

“Diharapkan agar dokumen yang dibangunkan ini dapat menjadi sumber rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan dalam usaha memastikan slogan Negeri Melaka dapat direalisasikan selain membantu menigkatkan tedbir urus peraturan negeri ini,” katanya ketika melancarkan katalog tersebut di Auditorium Seri Negeri, di sini baru-baru ini.

Dalam majlis sama, turut menyaksikan seramai 52 orang kakitangan Pejabat Penasihat Undang-Undang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertujuan untuk memastikan setiap individu menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah terutamanya penjawat awam.

-KN

 

Tinggalkan komen anda