Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Golongan Belia Diseru Tampil Derma Darah

By 28 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azman Jumat (Kota Kinabalu)

PUTATAN, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Orang ramai terutama golongan belia diseru untuk tampil menderma darah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya, berkata golongan belia merupakan golongan yang aktif dan peluang untuk menderma darah adalah tinggi kerana masih sihat dan aktif melakukan aktiviti fizikal.

“Setiap hari ada saja kempen derma darah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk membantu keperluan darah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu namun penglibatan belia masih kurang.

“Oleh itu kita seru kepada orang ramai terutama golongan belia untuk tampil menderma darah kerana ianya baik untuk kesihatan serta membantu kepada pihak yang memerlukan,” jelasnya ketika menghadiri Program Derma Darah di Kampung Ulu Putatan, di sini semalam.

Salah seorang penderma darah menunjukkan buku rekod sijil derma darah beliau.

Salah seorang penderma darah menunjukkan buku rekod sijil derma darah beliau.

“Penglibatan orang ramai dalam kempen ini membuktikan bahawa kesedaran tentang kebaikan menderma darah adalah baik, seperti mana yang kita lihat pada hari ini, sambutan terhadap kempen ini amat menggalakkan dengan lebih 100 orang tampil untuk menderma darah.

“Namun kehadiran belia tidak sampai separuh dan ini menggambarkan perlu adanya kempen atau sesi penerangan berkenaan dengan kelebihan menderma darah terutama kepada golongan belia dan usaha-usaha sebegini perlu diteruskan agar keperluan darah dapat ditampung selaras dengan keperluan semasa pihak hospital,” jelasnya.

Pada program tersebut Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Putatan berjaya mengumpul lebih 60 pain darah.

Beg darah yang berjaya dikumpul.

Beg darah yang berjaya dikumpul.

Hadir sama, Ketua Daerah Putatan Datuk Dahali Matsin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat Sufian Matin serta Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Putatan Nanih Abah.

-RI

Tinggalkan komen anda