Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

iM@JaPeN: Pusat Sehenti Maklumat

By 10 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

RAUB, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah melancarkan kenderaan iM@JaPen di Perkarangan Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub Isnin lalu bersempena lawatan kerja beliau ke negeri Pahang.

Menurut Saifuddin, kementeriaan melalui Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia telah mewujudkan satu inisiatif penyampaian maklumat yang lebih inovatif melalui pelancaran iM@JAPEN yang selari dengan matlamat tersebut.

“iM@JAPEN merupakan kenderaan khas yang berfungsi sebagai pusat sehenti dan berperanan memastikan pemasaran maklumat terus kepada rakyat, ia juga menjadi ruang pameran bergerak serta edaran penerbitan bahan bercetak kepada masyarakat.

“Saya yakin ini dapat memperkukuhkan lagi program Info on Wheels (IoW) yang selama ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar dan kenderaan ini dilengkapi kemudahan untuk mengakses internet,” ujarnya ketika ditemui dalam sidang media selepas pelancaran program tersebut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JaPen Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, berkata skop pengoperasian adalah meliputi Pusat Media Bergerak dan Pusat Edaran Bahan Penerbitan.

Kenderaan khas ini juga mempunyai perincian spesifikasi teknikal pengubahsuian van dan peralatan telekomunikasi beserta reka bentuk body wrap yang interaktif serta dilengkapi dengan kemudahan ruang kerja petugas, akses internet, alat siar raya dan skrin televisyen bagi kemudahan petugas media,” katanya.

Datuk Saiffuddin Abdullah bersama Ketua Pengarah JaPen, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (dua dari kiri).

Datuk Saifuddin Abdullah bersama Ketua Pengarah JaPen, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (dua dari kiri).

-KN

Tinggalkan komen anda