Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kelulusan i-Sinar Dipermudahkan

By 8 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Berita baik bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan akan diluluskan secara automatik mulai hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zaiful Tengku Abdul Aziz, berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri supaya KWSP menambah baik inisiatif itu selepas mengambil kira masalah rakyat akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula hari ini.

Seorang peniaga pakaian, Nor Khairani Abdullah ,43, dari Kampung Paya Berenjut berkata dia kini mampu tersenyum lebar kerana telah menerima i-Sinar, bayaran pertama yang telah dikreditkan ke akaun bank pada 3 Mac yang lalu.

Katanya, dia akan menggunakan duit i-Sinar sebagai modal perniagaan seterusnya dan sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak boros setelah mendapat duit tersebut.

Nor Khairani Abdullah, peniaga pakaian ,43, dari Kampung Paya Berenjut telah menerima bayaran pertama i-Sinar pada 3 Mac lalu.

Nor Khairani Abdullah, peniaga pakaian ,43, dari Kampung Paya Berenjut telah menerima bayaran pertama i-Sinar pada 3 Mac lalu.

Bagi seorang peniaga makanan sejuk beku, Siti Nurhafizah Seman, 35, dari Kampung Besut, dia berterima kasih kepada kerajaan kerana mendengar rintihan suara rakyat ketika mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

“Penambahbaikan serta tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan dari mana-mana pihak untuk mempercepatkan proses pengeluaran duit i-Sinar adalah bukti keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Siti Nurhafizah Seman, peniaga makanan sejuk beku, 35, dari Kampung Besut berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana mendengar suara rakyat.

Siti Nurhafizah Seman, peniaga makanan sejuk beku, 35, dari Kampung Besut berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana mendengar suara rakyat.

Sementara itu, seorang pekerja ladang, Rosinar Othman, 45 dari Air Putih, berkata, duit i-Sinar ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah hutang-hutang yang tertangguh sebelum ini.

“Saya sangat bersetuju dengan penambahbaikan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini kerana dapat memberi peluang dan kemudahan kepada lebih ramai ahli KWSP untuk memohon i-Sinar di masa akan datang,” katanya ketika ditemui semalam.

Rosinar Othman, Pekerja ladang, 45, dari Air Putih berkata duit i-Sinar akan digunakan untuk menyelesaikan masalah hutang yang tertangguh.

Rosinar Othman, Pekerja ladang, 45, dari Air Putih berkata duit i-Sinar akan digunakan untuk menyelesaikan masalah hutang yang tertangguh.

Pihak kerajaan menyarankan agar pengguna yang mendapat i-Sinar supaya sentiasa berwaspada, tidak berkongsi paparan akaun bank di laman sosial dan tidak berkongsi kelulusan i-Sinar pengguna di media sosial bagi mengelakkan ancaman penipuan dalam talian.

Pihak KWSP juga telah menetapkan tarikh akhir untuk memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

Tinggalkan komen anda