Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pusat Rehat e-Hailing Beri Manfaat kepada Penghantar Makanan

By 23 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haniza Harun (Melaka)/Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

MELAKA, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Melaka merupakan negeri pertama di negara ini yang menyediakan kemudahan pusat rehat kepada pemandu dan penunggang e-hailing di mana usaha ini telah direalisasikan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan MyFundAction.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, dirinya sangat kagum dan bangga dengan semangat serta usaha pemandu dan penunggang e-hailing ini.

“Kalian umpama wira yang tidak didendang, menempuhi panas terik, hujan badai, lebih-lebih lagi perlu bekerja dengan lebih kuat apabila berhadapan dengan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dikuat kuasakan oleh kerajaan sebelum ini demi mencari sumber rezeki yang halal.

“Sesungguhnya, saya amat menghargai semangat kental dan sumbangan besar para pemandu dan penunggang e-hailing dalam menjana ekonomi negara dan negeri Melaka.

“Jesteru, kerajaan negeri bersama-sama pihak MPHTJ telah bersetuju untuk menempatkan saudara-saudari di sebuah ruang kedai dalam Kompleks Melaka Mall yang boleh digunakan untuk berehat selepas menghantar barangan pesanan para pelanggan,” katanya ketika merasmikan pusat tersebut, di sini baru-baru ini.

Sulaiman berharap agar pusat ini dapat dijaga sebaik-baiknya.

“Dalam kegigihan mencari rezeki, jangan sesekali lupa menjaga keselamatan diri, banyak kes kemalangan yang melibatkan penunggang e-hailing di jalan raya, peliharalah nyawa dan patuhi SOP yang telah diterapkan,’’ katanya.

-KN

 

Tinggalkan komen anda