Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Menteri Besar Saran Rakyat Terengganu Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19

By 1 Mac 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan penerima vaksin pertama di negeri ini menyarankan agar rakyat mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera dan beberapa saluran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu mengenai bahaya vaksin COVID-19 kepada penerima kelak.

“Saya sebagai penerima suntikan vaksin tersebut menjadi bukti vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan adalah selamat untuk orang ramai,” katanya.

Menteri Besar Terengganu menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu mengenai bahaya vaksin COVID-19 kepada penerima kelak.

Menteri Besar Terengganu menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu mengenai bahaya vaksin COVID-19 kepada penerima kelak.

Ketika ditanya bagaimana dengan warga emas yang masih belum jelas tentang pendaftaran sebagai penerima vaksin tersebut beliau memaklumkan akan menggerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap daerah di negeri ini.

“Selain itu, bantuan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dalam membuat hebahan kepada semua masyarakat di kampung-kampung di seluruh Negeri Terengganu diharapkan dapat memberi maklumat kepada seluruh masyarakat di negeri ini.

Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Sumbangan Bantuan Banjir Kerajaan Negeri Terengganu pagi Sabtu lepas di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) juga memaklumkan seramai 12,000 keluarga mangsa banjir baru-baru ini akan menerima bantuan sebanyak RM500 bagi setiap ketua keluarga yang terlibat di seluruh negeri melibatkan peruntukkan sebanyak RM6.4 juta.

Penerima bantuan banjir beratur untuk mengambil bantuan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Penerima bantuan banjir beratur untuk mengambil bantuan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Mangsa banjir juga akan menerima pelbagai lagi jenis bantuan yang sebahagianya sedang diuruskan oleh wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing,” katanya.

Chong Kee Leong, 58, seorang peniaga yang ditemui dalam majlis tersebut amat berterima kasih kepada Menteri Besar di atas bantuan yang diberikan ini.

”Sumbangan ini boleh saya gunakan untuk membuat persediaan anak-anak sekolah pada bulan April ini dan saya juga bersetuju dengan saranan Menteri Besar supaya mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19,” katanya.

Chong Kee Leong berkata sumbangan ini boleh saya gunakan untuk membuat persediaan anak-anak sekolah dan bersetuju dengan saranan Menteri Besar untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Chong Kee Leong berkata sumbangan ini boleh saya gunakan untuk membuat persediaan anak-anak sekolah dan bersetuju dengan saranan Menteri Besar untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Berkongsi pendapat yang sama, Nafisah Sulong, 44, pekerja swasta, berkata beliau akan mendaftar diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Saya juga akan meminta keluarga dan sahabat handai supaya turut berbuat demikian manakala wang sumbangan bantuan mangsa banjir ini pula akan digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan yang telah rosak akibat banjir baru-baru ini,” kata Nafisah.

Nafisah Sulong berkata wang sumbangan bantuan banjir akan digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan yang telah rosak akibat banjir baru-baru ini.

Nafisah Sulong berkata wang sumbangan bantuan banjir akan digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan yang telah rosak akibat banjir baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu Hanafiah Mat.

-ii-

Tinggalkan komen anda